Festival Kuala Lumpur (KLFest.) telah dimulakan pada tahun 2006 oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan bersama 3 (tiga) rakan penganjur Kementerian Penerangan, Kementerian Pelancongan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Bagi tahun 2010 pula, KLFest. akan dianjurkan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan bersama 2 (dua) rakan penganjur Kementerian Pelancongan dan Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan Bandar melalui DBKL. KLFest. memberi peluang kepada masyarakat dan pelancong mendekati keindahan seni budaya dan warisan Malaysia yang penuh warna-warni selaras dengan keputusan jemaah menteri pada 8 Disember 2004 menjadikan Kuala Lumpur sebagai hub kebudayaan dan kesenian antarabangsa.
Festival ini telah masuk kali ke-5 penganjurannya pada tahun 2010 yang akan menjanjikan pelbagai pengisian menarik dan bermutu seperti persembahan pentas, sidang keilmuan, pertandingan, warisan, bahasa dan persuratan, seni tampak dan penghasilan kerja tangan serta pencarian bakat baru.